Laman Utama

LK banner 2016

22:05:36
 13/10/2019

Helo,

Tujuh puluh ribu tahun yang lalu, terdapat dua buah benua besar di dunia dan kedua-duanya runtuh sebelum tenggelam ke dalam laut. Benua-benua yang wujud pada masa sekarang merupakan dataran-dataran yang timbul selepas runtuhan ini. Manusia yang terselamat daripada runtuhan kedua-dua benua ini, tersebar secara meluas merentasi seluruh dunia di atas benua baru ini. Bermulalah kehidupan baru. Kelompok manusia yang baru di dunia ini terpaksa menempuh hari-hari yang sukar tatkala berjauhan antara kelompok manusia yang lain selama beribu-ribu tahun.

Kelompok manusia yang berjauhan antara satu sama lain mewujudkan kampung, pekan, bandar dan kerajaan tersendiri di tempat masing-masing serta membangunkan ketamadunan tersendiri dengan peredaran masa. Dan hari ini, peradaban dunia yang dikecapi menunjukkan sejauh manakah peradaban manusia telah tersebar dalam tempoh tujuh puluh ribu tahun ini.

Evolusi dunia dan perkembangan hidupan seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia yang tinggal di permukaannya beralih dan disusun semula secara rutin pada setiap tujuh puluh ribu tahun. Hari ini dengan kejadian seperti pencairan bongkah ais di bahagian kutub, dunia kini bersedia menghadapi perubahan yang besar dan semakin menghampiri ke penghujung waktunya yang diperuntukkan. Apabila bongkah ais di bahagian kutub cair sepenuhnya, dunia akan berdepan dengan satu peralihan teras dan menyusun semula.

Namun apa yang jauh lebih penting adalah maklumat tentang sebab-sebab kewujudan kehidupan di permukaan bumi dan sebab mengapa ia bermula dan berakhir dan mengapa ia perlu bermula sekali lagi selepas itu dan inilah merupakan maklumat yang tersimpan rahsia sehingga ke hari ini lalu memiliki pemahaman yang jauh lebih ternilai daripada anjakan besar yang berlaku pada dunia.

Laman swasta ini diwujudkan bagi memastikan maklumat penting tentang masa depan dunia dan manusia sejagat dapat disampaikan. Anda akan memperoleh semua maklumat yang anda perlukan dalam buku yang dikenali sebagai The Divine Order and The Universe yang dihulurkan kepada umat manusia sebagai hadiah oleh makhluk asing.  Memandangkan setiap manusia berhak untuk mengetahuinya, anda tidak perlu menjadi ahli.

Berpegang kepada kasih sayang

Free Hit Counter (01.01.2016)

Copyright © 2016. The Last Knowledge.

Laman web ini bersifat peribadi dan tidak mempunyai sebarang perkaitan dengan komersial.